Semangatku

Rabu, Mac 09, 2011

Pertemuan, Jodoh, Ajal, Maut, Rezeki

Tiba2 teringat zaman kanak2, remaja dan dewasa yg aku lalui hampir 32 tahun aku kat dunia niee...byk kenangan manis pahit dlm hidup aku nie...sure kawan2 kat luar sana pun sama kan...inilah lumrah kehidupan namanya...ada gembira, duka, hiba dan 1001 perasaanlah kan...

Terfikir sejenak tentang pertemuan, jodoh, ajal, maut dan rezeki...semua tu datangnya dari DIA...kita hanya mampu merancang dan segala2nya DIA yang tentukan...apa-apapun segala2nyaa perlukan 4 perkara iaitu doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.  Selebihnya biarlah DIA yg tentukan coz hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat kita namun kita kenalah iringi ngan sedikit usaha agar semuanya seperti yg kita inginkan.

Rezeki takkan dtg bergolek dari langit jatuh ke riba kita tanpa usaha...kalau sakit kena ikhtiar pie jumpa doktor or cari ubat sebagai penawarnya...kalau lapar kenalah masak kerna makanan takkan dtg tanpa diusahakan....apa2pun semua tu mesti diiringi ngan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.  Jgn duk berharap tanpa usaha.  Kita diberi akal fikiran utk digunakan ke arah kebaikan dan mendatangkan faedah pada kita.  Jgn lak digunakan ke arah yg salah dan membinasakan diri.  Bak kata pepatah melayu rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari...apa2pun rezeki yg dtg kita harus terima ngan hati terbuka.  Begitu jugak ngan jodoh...kita tak tahu ngan sapa kita dipertemukan...mungkin kita dipertemukan ngan org yg kita rasa sehati sejiwa atau sehaluan ngan kita.  Kita ingat itulah jodoh kita...bertahun bersama menyulam cinta namun ketentuanNYA akhirnya kecundang jua...kita cuba utk pertahankan namun DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kita. Kita mampu merancang...hanya DIA yang tentukan.  Yang mampu kita lakukan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.

Begitu juga ngan ajal maut.  Bukan kerja kita utk tentukan.  Semua tu kerja DIA...apa yg kita mampu lakukan perbykkan amal ibadah kita kerna ajal maut dtg tanpa dijemput.  Beringat sebelum kita terus terlena dibuai mimpi2 yg indah.  Dunia niee hanya pinjaman semata2nya...akhirat yg hakiki.  Yg pasti juga...doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal perlu sentiasa diselitkan agar kita sentiasa sedar bahasawanya hidup ini hanyalah sementara dan bila tiba waktunya pergilah kita selama-lamanya.

Meningkatnya usia membuatkan kita semakin matang dalam berfikir.  Jgn terus hanyut dek kerana keseronokkan duniawi.  Harus difikirkan juga syurgawi...jgn terhantuk baru tergadah.  Macam aku...pertemuan dengan suami telah ditentukan...tidak kupinta namun itulah jodoh namanya...walaupun beribu batu dipisahkan akhirnya bersatu jua...kini hidup bahagia bersama suami tercinta dengan harapan hingga ke syurga.  Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.  Qada dan Qadar kita DIA dah tentukan sejak azali.  Cuma menanti rezeki yg belum kunjung tiba.  Harapan tinggi agar dikurniakan cahayamata walaupun seorang.   Yg penting kita hanya mampu berdoa, diiringi ngan usaha dan selebihnya bertawakkal.  Jika ia milikku...pasti suatu ari akan menjadi milikku jua dengan ketentuanMU Ya Allah...

1 ulasan:

  1. assalam,spt yatie katakn d'ats,gagal skali bkn utk s'lamanya,jodoh p'temuan,ajal maut d'tgn tuhan,doa,usaha,ikthiar,tawakal dan REDHA itulh kuncinya.SABAR adalah kunci k'jayaan...INSYAALLAH 1 masa 6t dapatlh jua apa yg d'inginkn oleh yatie n hubby..

    BalasPadam